fbpx

Saya puas hati dapat jaga isteri hingga akhir hayat – Cikgu Din

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Mohammad Izzuddin (kanan) bersama arwah isterinya.

TUMPAT – Seorang guru, Mohammad Izzuddin Izhar, 34, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din berpuas hati apabila dapat menjaga isterinya, Nur Atiqah My Yusoff, 30, yang menderita kanser tulang rawan tahap empat sehingga ke akhir hayat.

Nur Atiqah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kira-kira pukul 9 malam tadi.

Mohammad Izzuddin berkata, arwah isterinya meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan hampir sebulan di HRPZ II.

“Isteri saya menghidap barah tulang rawan lebih setahun dan saya reda dengan kehilangan isteri tersayang.

“Saya berpuas hati kerana dapat menjaga isteri sehingga akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumah ibu mentuanya di Taman SBJ Putra, Pasir Pekan di sini hari ini.

Mohammad Izzuddin memberitahu, jenazah isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Pasir Pekan, di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Pada Oktober lalu, menerusi perkongsian rakan Cikgu Din di Facebook, dia memaklumkan guru tersebut dibelenggu resah apabila terpaksa berjauhan lebih 4,600 kilometer (km) dengan isteri tercinta, Nur Atiqah yang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat.

Ketika itu, Cikgu Din mengajar di Sarawak, manakala isterinya menetap di Kota Bharu, Kelantan. Prihatin dengan nasib guru tersebut, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan arahan penempatan sementara bagi membolehkan Cikgu Din untuk berada bersama-sama isterinya di Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI