fbpx

RM53,000 menanti pemenang Cabaran Memancing Bagan Lalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertandingan Memancing Terbuka Selangor akan diadakan di Pantai Bagan Lalang

SEPANG – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM53,000 menanti pemenang Pertandingan Memancing Terbuka Selangor yang akan diadakan di Pantai Bagan Lalang, dekat sini Ahad ini.

Pertandingan yang akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari itu dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sebuah syarikat swasta itu menawarkan hadiah wang tunai untuk kategori terbuka.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM15,000, naib juara RM4,000, manakala tempat ketiga pula RM2,000.

Pemenang tempat keempat dan kelima akan membawa pulang RM500, manakala pemenang dari tempat keenam hingga kesepuluh masing-masing akan menerima RM300.

Penganjur juga menawarkan hadiah tambahan sebanyak RM6,000 untuk peserta yang lahir atau bermastautin di Selangor.

Idea penganjuran ini dicetuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur, Pemodenan Pertanian dan Perladangan, Keterjaminan Makanan & Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi talian 012-214 1401. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI