fbpx

Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Yoon Suk-yeol

SEOUL – Presiden Yoon Suk-yeol mengisytiharkan undang-undang tentera dalam ucapan televisyen lewat malam, menuduh parti pembangkang utama Korea Selatan bersimpati dengan Korea Utara dan aktiviti anti negara.

Saluran berita CNN melaporkan bahawa Suk-yeol tidak menyatakan langkah-langkah sepesifik yang akan dilaksanakan.

Beliau memetik usul pembangkang utama, Parti Demokratik yang menguasai Parlimen. Parti berkenaan dituduh cuba memecat pendakwa raya kanan dan menolak cadangan belanjawan kerajaan.

Suk-yeol melabelkan tindakan pembangkang itu sebagai ‘perbuatan subversif bertujuan untuk menghasut pemberontakan’.

Beliau seterusnya mendakwa bahawa tindakan Parti Demokratik itu ‘melumpuhkan hal ehwal negara dan menukarkan Parlimen menjadi gerombolan penjenayah’.

Suk-yeol menyifatkan undang-undang tentera sebagai langkah perlu untuk menghapuskan ‘anasir subversif pro-Korea Utara’.

Menurutnya, keputusan itu perlu untuk melindungi kebebasan dan keselamatan rakyat, memastikan kelestarian negara serta memastikan peralihan negara yang stabil kepada generasi akan datang.

Dalam pada itu, Speaker Parlimen tidak dibenarkan memasuki Parlimen untuk mengadakan sidang tergempar, demikian menurut saluran televisyen tempatan, YTN TV. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI