fbpx

Peniaga Rantau Panjang lelong barang tenggelam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memilih pakaian dan selipar lelong yang dijual di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Rantau Panjang hari ini. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

RANTAU PANJANG – Rata-rata peniaga Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di sini hari ini membuat lelongan pelbagai barangan jualan di dalam premis mereka yang tenggelam banjir.

Tinjauan mendapati, barangan seperti pakaian, pinggan mangkuk, peralatan kosmetik, selimut, selipar dilelong dengan harga serendah RM5 hingga RM10.

Seorang peniaga, Nurul Akma Ismail, 32, berkata, dia melelong pakaian yang ditenggelami banjir pada harga RM5 sehelai.

“Separuh pakaian di dalam kedai saya tenggelam akibat banjir. Saya sudah simpan kesemua stok itu di tempat tinggi, namun tidak menyangka banjir kali ini lebih buruk dari 2014. Saya perlu melelong murah-murah semua pakaian ini untuk mengelak daripada mengalami kerugian besar,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Usman Muda, 59, berkata, dia rugi hampir RM10,000 apabila stok selipar dan beg di dalam premisnya tenggelam banjir, malah hampir 50 peratus barangan jualannya rosak apabila air naik hampir satu meter di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.

Seorang pengunjung, Akma Ab. Rashid, 38, dari Kampung Banggol Kulim berkata, dia membeli pakaian yang dilelong oleh peniaga kerana semua pakaian ahli keluarganya tenggelam banjir.

“Air naik dengan cepat sehingga menyebabkan saya dan keluarga tidak sempat menyimpan pakaian di rumah ke tempat tinggi. Nasib baik ada jualan lelong di sini. Sekurang-kurangnya dapat membantu mangsa banjir membeli pakaian pada harga murah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI