fbpx

Penerima rumah Ru’RASA lega derita banjir berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-SULTAN Abdullah diiringi Tunku Azizah menyampaikan kunci rumah Ru'RASA kepada penerima di Kampung Tanjung Gahai di Lipis, hari ini.

LIPIS – Seorang mangsa banjir lega apabila kesulitan yang dialaminya setiap tahun akibat rumah dilanda bah dapat diatasi apabila dia menerima Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Tanjung Gahai di sini.

Ibu tunggal, Rosna Abd. Razak, 56, berkata, sebelum ini rumah yang didiaminya di Kampung Binjai di sini bersama tujuh lagi ahli keluarga sering dilanda banjir, membuatkan dia sekeluarga resah setiap kali musim tengkujuh.

“Rumah yang mak cik duduk sekarang terletak di kawasan rendah, jadi apabila tiba musim tengkujuh rumah ini akan dinaiki air. Rumah baharu yang siap dibina pula terletak di kawasan lebih tinggi, jadi mak cik rasa lebih selamat,” katanya di Kampung Tanjung Gahai, Mukim Jelai dekat sini, hari ini.

Sempena majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan bercemar duli menyampaikan kunci rumah Ru’RASA kepada 15 penerima sekitar daerah ini. Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, seorang bapa pula menzahirkan rasa syukur dan gembira di atas pengurniaan rumah Ru’RASA yang memberikan sinar kepada anaknya yang tergolong dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU)

Mat Akhir @Mat Nor Adam, 79, dari Kampung Tanjung Gahai berkata, rumah berkenaan dipohon untuk anaknya, Nizad berusia 34 tahun yang merupakan OKU kategori pembelajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI