fbpx

Park Min-jae meninggal dunia akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK Min-Jae meninggal dunia pada usia 32 tahun.

PELAKON Park Min-jae dilaporkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke China Jumaat lalu.

Khabar duka tersebut disahkan adik mendiang dan dia berharap peminat akan sentiasa mengingati lakonan aktor brusia 32 tahun itu.

Abang kesayangan saya telah pergi berehat buat selama-lamanya.

“Saya harap ramai yang dapat mengingati abang saya.

“Dalam masa sama, saya tidak boleh menghubungi semua orang secara individu untuk memaklumkan perkara ini,” katanya dalam Instagram.

Pihak agensinya juga turut mengesahkan kematian pelakon drama Little Women itu dalam sebuah kenyataan.

Difahamkan buat masa ini, mayat masih berada di Dewan Pengebumian Hospital Seoul Universiti Ewha Womans.

Upacara pengebumian akan berlangsung pada esok dan lokasi masih belum diputuskan. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI