PETALING JAYA – Seramai 93,500 mangsa banjir terdiri daripada 28,157 keluarga direkodkan pada pagi ini, menurun berbanding petang semalam yang mencatatkan seramai 126,386 orang.
Menerusi maklumat pada Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, seramai 57,055 mangsa banjir (18,109 keluarga) direkodkan di Kelantan.
Ia diikuti oleh Terengganu dengan 25,274 mangsa (6,640 keluarga), Perak mencatatkan 640 mangsa (193 keluarga) dan Kedah pula merekodkan 7,407 mangsa (2,269 keluarga).
“Perlis dengan 69 mangsa (9 keluarga), Johor pula 1,038 mangsa (295 keluarga), Pahang seramai 1,856 mangsa (600 keluarga) serta Melaka iaitu 161 mangsa (42 keluarga).
“Sebanyak 396 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pagi ini,” menurut maklumat tersebut. – KOSMO! ONLINE