fbpx

Malaysia rekod 17.5 juta pengguna 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOBIND (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai teknologi AI pada Majlis Perasmian Trasformasi Teknologi Pembuatan dengan 5G & AI di Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kementerian Digital memaklumkan pengguna perkhidmatan rangkaian internet 5G kini berjumlah 17.5 juta di seluruh negara setakat ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, jumlah pengguna itu melibatkan kawasan capaian 5G melebihi 82 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara.

“Kementerian menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) telah dan akan menyediakan infrastruktur 5G, jumlah pengguna tinggi menunjukkan bahawa tarikan terhadap teknologi ini ada.

“Kedua, kita mahu pastikan semua infrastruktur ini selamat khususnya dalam aspek keselamatan siber dan penggunaan data,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Tranformasi Pembuatan Dengan Teknologi 5G dan Kecerdasan Buatan (AI) di sini hari ini.

Sementara itu, Gobind memberitahu pihaknya tidak meletakkan sebarang had kepada pembinaan pusat data di negeri ini, namun akan melihat kesesuaian sesuatu pelaburan terlebih dahulu.

Terdahulu, beliau memberitahu Johor menjadi hab pusat data Malaysia dengan terdapat lebih 50 pusat data yang sedang dalam permohonan dalam pembinaan atau sudah beroperasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI