fbpx

Lebih 50 kambing ketua kampung mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir menunjukkan keadaan kawasan reban dan ternakan kambingnya yang mati dalam kejadian banjir di Kampung Air Taling, Jumaat lalu. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

KUALA PILAH – Lebih 50 ekor kambing milik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Geduhum mati lemas dalam kejadian banjir di Kampung Air Taling, di sini, Jumaat lalu.

Pengerusi JKKK berkenaan, Amir Mohd. Talib berkata, ternakan itu mati disebabkan air naik begitu tinggi dalam sejarah kampung berkenaan iaitu melebihi dua meter sehingga menyebabkannya tidak sempat menyelamatkan ternakan itu.

Menurut bekas polis itu, ketika kejadian banjir, dia sudah terlebih dahulu keluar dari rumah bagi menyelamatkan penduduk yang tinggal lebih hampir dengan sungai.

“Saya sebagai ketua kampung, saya kena menyelamatkan orang dahulu. Saya dah keluar awal masa hujan lebat tu tinggalkan orang rumah (isteri) dan cucu sahaja. Kawasan ni bila dah dalam sikit kita tak boleh lalu.

“Nak balik tak boleh dah. Jadi, saya duduk di pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan selama dua hari dan baharu dibenarkan pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui sempena program Gotong-Royong Perdana Pasca Banjir bersama Agensi Bencana Daerah, di sini, semalam.

Amir berkata, dia sudah menguburkan sebahagian besar kambing yang ditemukan mati bergelimpangan dalam reban dengan bantuan anak menantu serta penduduk kampung.

“Terdapat dua kubur untuk ternakan ini. Baki yang saya jumpa mati saya letakkan di kawasan terkumpul terlebih dahulu kerana tak sempat nak tanam. Ada lah tinggal tujuh ke lapan ekor kambing yang dapat selamatkan diri dalam kejadian banjir ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI