fbpx

Kejuaraan Dunia penentu nasib pesilat negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAUSAHA Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

KUAL LUMPUR – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) memberi tumpuan penuh terhadap persiapan ke Sukan SEA 2025 di Thailand terutama mengesan pesilat terbaik untuk bersaing pada temasya dwitahunan tersebut tahun depan.

Setiausaha Agung Pesaka, Bibi Aishah Golbal Shah berkata, pihaknya sedang memantau dengan teliti prestasi atlet terutama untuk menentukan siapa yang akan dikekalkan atau digugurkan berada dalam skuad utama.

Tegas Bibi Aishah, keputusan pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi yang berlangsung pada 15 hingga 23 Disember ini bakal menjadi penentu nasib buat pesilat.

“Kami telah melakukan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan beberapa keputusan positif telah dicapai. Kami kini menunggu hasil daripada Kejuaraan Dunia di Abu Dhabi untuk menilai prestasi atlet negara sebelum membuat keputusan sama ada menggugurkan atau mengekalkan mereka.

“Atlet yang berpotensi dan kita lihat mereka ini mempamerkan aksi terbaik mereka akan terus dilibatkan dalam program latihan menjelang Sukan SEA 2025,” kata Bibi Aishah yang mengesahkan 13 acara sah dipertandingkan tahun depan.

Dalam pada itu, Bibi Aishah turut mengakui bahawa pihaknya sedang menilai pesilat kelas A Putra, Muhammad Amirul Hakim Jaafar dan Ummi Mashitah Hassan (kelas C Putri) untuk berada dalam program Podium di bawah seliaan MSN tahun depan.

“Dalam Podium, kita tak ada atlet untuk kelas A Putra dan Pesaka sedang dalam proses untuk membawa atlet kelas A Putra ke Kejuaraan Dunia nanti. Jika kedua-dua atlet tersebut berpotensi dan menang pingat, kita akan terus serapkan sebagai atlet podium untuk hadapi Sukan SEA 2025 di Thailand nanti.

“Saya rasa mereka boleh melepasi syarat ditetapkan MSN ini untuk ke program Podium (iaitu) melepasi pingat gangsa,” tambah Bibi ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di MSN, Bukit Jalil hari ini.

Dalam pada itu, Bibi Aishah turut mengesahkan bahawa Muhammad Robial Sobri tidak dapat menyertai kejohanan di Abu Dhabi kerana baru-baru ini mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI