fbpx

Jho Low suka hati urus hingga kelirukan siapa PM ketika itu – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jho Low dan Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak memberitahu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ahli membenarkan Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low menguruskan syarikat 1MDB dengan sesuka hati.

Keadaan itu sekali gus telah mengelirukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu.

Najib turut berkata, Shahrol Azral turut membenarkan Jho Low selaku rakan baik dan bekas pelanggannya itu memberikan kepadanya jawatan dengan gaji dua kali ganda daripada sebelum ini.

“Datuk Shahrol terhutang budi kepada Jho Low dan membenarkan rakan baiknya memperolehnya jawatan dua kali ganda gaji sebelumnya…menguruskan perkara sesuka hati walaupun mengelirukan saya, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu,” kata Najib.

Sementara itu, Najib yang membacakan pernyataan saksinya menafikan pernah mengadakan perbincangan dengan bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Jho Low untuk menukar Terengganu Investment Authority (TIA) kepada 1MDB.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau hanya mengetahui surat itu dirangka oleh Shahrol Azral dengan bantuan Jho Low melalui keterangan mahkamah.

“Ketika perbicaraan, barulah saya mengetahui surat yang diberikan kepada saya itu dirangka dengan bantuan Jho Low selepas Shahrol Azral percaya wujud perbincangan di antara saya, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Jho Low diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya juga tidak pernah mengarahkan Jho Low berbincang dengan Shahrol Azral dan hanya mengetahui mengenainya ketika perbicaraan,” ujar beliau ketika membacakan pernyataan saksi.

Perbicaraan bela diri di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi.

Najib, 71, memilih menjawab semua 25 pertuduhan tersebut melalui keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI