fbpx

Isteri Cikgu Din meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhabaran duka itu dikongsikan Cikgu Din menerusi perkongsiannya di hantaran WhatsApp malam tadi.

PETALING JAYA – Isteri kepada seorang guru lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Din, meninggal dunia pada pukul 9 malam semalam.

Perkhabaran duka itu dikongsikan Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar, 34, menerusi perkongsiannya di hantaran WhatsApp.

“Isteri saya telah menghembuskan nafas yang terakhir jam 9 (malam) tadi (semalam). Saya mohon maaf kalau isteri saya ada salah silap, dan kalau ada hutang (Allahyarham) mohon beritahu saya,” tulisnya.

Pada Oktober lalu, menerusi perkongsian rakan Cikgu Din di Facebook, dia memaklumkan guru tersebut dibelenggu resah apabila terpaksa berjauhan lebih 4,600 kilometer (km) dengan isteri tercinta, Nur Atiqah My Yusoff yang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat.

Ketika itu, Cikgu Din megajar di Sarawak, manakala isterinya menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Prihatin dengan nasib guru tersebut, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan arahan penempatan sementara bagi membolehkan Cikgu Din untuk berada bersama-sama isterinya di Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI