fbpx

IPCC terima 529 aduan sejak 1 Julai tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution pada Majlis Peluncuran IPFC yang turut dhadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Sebanyak 529 aduan diterima Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak berkuat kuasa 1 Julai, tahun lalu.

IPCC berperanan sebagai badan pemantau bebas di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari aspek siasatan aduan salah laku dan tatakelola dibuat orang awam atau mana-mana pihak terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua aduan tersebut membabitkan isu integriti, tatakelola serta hal kebajikan melibatkan anggota dan pegawai polis.

“Antara aduan yang diterima adalah pengadu rasa siasatan tidak selesai, aduan berulang, ada juga yang ‘remeh’ kerana masalah peribadi.

“Kesemua 529 aduan ini adalah termasuk kira-kira 140 aduan yang tertunggak sebelum Akta 839 Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 dikuatkuasakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran IPFC (IPCC, Police, Friends and Collaborators) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, IPCC bukan sahaja berperanan sebagai pusat aduan berkaitan isu salah laku atau serta tatakelola dalam PDRM, malah terlibat dalam perolehan bagi menjaga kebajikan anggota dan pegawai.

“Teras utama IPCC dilaksanakan agar rakyat meletakkan kepercayaan sepenuh hati kepada PDRM selain menegakkan integriti berteraskan ketelusan dan kolaborasi dengan pihak lain.

“IPCC telah mengadakan 195 lawatan berjadual ke fasiliti PDRM membabitkan ibu pejabat polis daerah (IPD) di enam kontinjen polis di selurun negara sejak beroperasi pada 1 Julai lalu.

“Turut dilaksanakan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk menerima aduan dan siasatan. Buat masa sekarang, IPCC telah selesai menggubal SOP ini,” ujarnya.

Sementara itu, Saifuddin memberitahu, IPCC sedang meneliti bagi menyediakan peraturan untuk mentafsirkan kuasa diberikan kepada menteri di bawah Seksyen 46 Akta 839.

“Dalam Seksyen 46 itu memberikan peruntukan membolehkan menteri menggunakan kuasa. Ini bagi kes-kes terkait jenayah seksual, kecederaan parah dan tahanan mati dalam jagaan polis.

“IPCC telah mengangkat syor kepada PDRM iaitu keperluan perolehan bagi polis serta penugasan membabitkan pegawai dan anggota polis,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI