fbpx

Harimau kumbang masuk perangkap di Jelebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau kumbang jantan memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan di Kampung Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan. - GAMBAR TULAR

 

JELEBU – Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Peradong, di sini pada pukul 8 pagi tadi.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, haiwan seberat 37 kilogram (kg) itu merupakan harimau kumbang kelima yang berjaya memasuki perangkap pada tahun ini.

Pihak perhilitan menerima aduan daripada penduduk lelaki berusia dalam lingkungan 50-an pada 25 Oktober lalu yang memaklumkan haiwan tersebut cuba menghampiri kandang kambing.

“Hasil soal siasat ke atas penduduk mendapati ternakan diganggu dan tiga ekor anjing penjaga kandang yang dibaham. Pejabat Perhilitan Daerah Jempol yang membuat pemantauan mendapati ada kesan tapak harimau kumbang.

“Oleh itu, pihak kita memasang perangkap pada awal November lalu selain pemantaun secara berkala di lokasi tersebut. Harimau kumbang itu masuk ke dalam perangkap hari ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI