PETALING JAYA – Haier Malaysia menyasarkan untuk menambah jumlah kedai daripada 55 kepada 75 stor fizikal di seluruh negara menjelang 2025.
Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing berkata, perkara itu antara strategi dan hala tuju Haier bagi 2025 untuk menjadi jenama perkakas terkemuka.
Katanya, selain itu, Haier Malaysia akan menumpukan kepada tiga strategi teras antaranya dengan mengenal pasti pengukuhan penawaran produk mewah.
“Haier juga akan melaksanakan inisiatif pemasaran yang berbeza dan penggunaan pendigitalan bagi membolehkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, prestasi kukuh pada 2024 mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran teras bagi Haier, di peringkat serantau dan global.
“Haier Malaysia mencapai unjuran pertumbuhan keseluruhan 40 peratus untuk 2024 menjelang tempoh cuti.
“Jualan penghawa dingin meningkat 47 peratus tahun ke tahun (YoY) diikuti televisyen (38 peratus), mesin basuh (37 peratus) dan peti sejuk (35 peratus),” katanya dalam kenyataan hari inj.
Tambahnya, Haier akan menampilkan beberapa model baharu untuk Malaysia bagi 2025, dengan fokus utama iaitu penghawa dingin bilik. – KOSMO! ONLINE