fbpx

Dua beranak rela tidur dalam kereta demi 10 ‘anak bulus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ku Salfina (kanan) dan Nur Hidayah bersama sebahagian daripada 10 kucing peliharaan mereka di Kampung Batas Paip, Anak Bukit di Alor Setar.

ALOR SETAR – Dua beranak di Kampung Batas Paip, Anak Bukit, di sini rela bermalam di dalam kereta sejak Jumaat lepas daripada berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) demi 10 kucing kesayangan mereka.

Menurut Ku Salfina Ku Ahmad Shah, 50, dia dan anak perempuannya, Nur Hidayah Razman, 26, tidak sanggup meninggalkan kucing yang berusia lapan bulan hingga tiga tahun tanpa penjagaan di pekarangan rumah yang dinaiki air sehingga paras dada sejak Jumaat lepas.

“Nak bawa kucing ini ke PPS tentulah tidak boleh, nak tinggal tidak sampai hati pula sebab tidak ada tempat nak letak. Biarkan dekat rumah takut nanti kena curi atau jadi habuan haiwan pula sebab kami ternampak ular sawa beberapa hari lepas.

“Jadi saya dan anak pilih untuk tidur sahaja di dalam kereta kami sejak Jumaat lepas walaupun dapat penempatan di PPS dekat bandar. Suami dan anak saya seorang lagi pergi duduk situ (PPS),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batas Paip, Anak Bukit, di sini hari ini.

Menurut suri rumah itu, mereka terpaksa berbuat demikian kerana jalan utama sekitar Anak Bukit ke bandar raya ditutup bagi kenderaan ringan sejak kelmarin.

“Nasib baik kami tidak pergi kalau tinggal entah apa nasib ‘anak bulus’ kami ini sebab nak balik rumah tidak boleh sebab jalan tutup. Kami juga diamanahkan untuk jaga 10 kucing peliharaan jiran sebelah rumah juga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI