fbpx

Dewan Rakyat: Pengurusan Risiko Bencana, pinjaman wang tidak berlesen jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR), punca kenaikan kes jenayah pinjaman wang tidak berlesen dan penipuan kewangan serta isu Kampung Bharu menjadi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmu Parlimen, Datuk Mumtaz Md. Nawi (PN-Tumpat) bertanyakan Perdana Menteri sama ada DRR akan dipercepat untuk membolehkan semua fasiliti mega mitigasi banjir disegerakan termasuk Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3).

Perkara itu susulan bencana banjir dalam skala luar biasa kini yang melanda seluruh negara dan akan menempuh beberapa gelombang.

Sementara itu, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) meminta Perdana Menteri menyatakan punca kenaikan kes dan langkah pencegahan terhadap jenayah pinjaman wang tidak berlesen serta jenayah penipuan kewangan secara dalam talian atau bersemuka.

Pada sesi sama, Azli Yusof (PH-Shah Alam) meminta Perdana Menteri menyatakan status rayuan tuntutan pampasan yang lebih adil oleh kumpulan minoriti yang menolak tawaran pemaju di Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI