fbpx

Bomoh dijel 50 tahun, 13 sebatan cabul ‘pesakit’ remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi warden penjara selepas dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Tindakan keji seorang bomoh mencabul seorang remaja perempuan kononnya ingin membuang sihir berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan 13 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Zemi Rahim, 51, membuat pengakuan itu sejurus empat pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 2 bulan di kawasan semak di Jalan Taman Malim Jaya dan taman perindustrian berdekatan sebuah pasar raya di Cheng.

Kesalahan itu masing-masing dilakukan pada awal, pertengahan dan akhir September serta 9 Oktober 2023.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya dilaksanakan secara serentak dari tarikh ditangkap iaitu pada 16 Oktober tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin dalam hujahnya bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan kerana ketika kejadian mangsa hanya berumur 16 tahun dan masih bersekolah selain kejadian itu telah meninggalkan kesan trauma kepadanya.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Rohatul kemudian menjatuhkan hukuman penjara 50 tahun dan 13 sebatan bagi kesemua empat pertuduhan. Beliau memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh ditangkap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI