fbpx

Bank perlu bayar balik mangsa ‘scam’ jika terdapat kecuaian – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang Dewan Rakyat hari ini. -Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR – Pihak bank perlu membayar semula wang mangsa penipuan atas talian sekiranya didapati jenayah itu berlaku berpunca daripada kecuaian institusi kewangan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut tertakluk dalam undang-undang mengikut Seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

“Kalau dikenal pasti kecuaian (negligence bank), bank akan bayar umpamanya setakat ini mengikut Seksyen 413 KTJ, RM178,407 telahpun dipulangkan, maknanya ada.

“Jika dikenal pasti kecuaian pihak bank atau bank tidak memantau mengikut peraturannya maka bank mesti juga bayar ganti rugi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang ingin tahu sejauh manakah kebersediaan Malaysia untuk memberikan lebih tanggungjawab kepada pihak bank untuk membuat bayaran ganti rugi ataupun pampasan kepada pemilik-pemilik akaun yang hilang duit akibat scammer.

Mengulas lanjut Anwar berkata, kerajaan juga akan mengkaji supaya tanggungjawab pihak bank diperketatkan.

“Dalam kajian yang dibuat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), kita akan juga kaji supaya diperketatkan agar pihak bank turut bertanggungjawab kalau didapati tidak benar-benar cermat dalam memantau dan memastikan peraturan dipatuhi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga mempertimbangkan untuk mewujudkan satu Rang Undang-Undang khusus yang holistik bagi melindungi rakyat daripada menjadi mangsa penipuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI