fbpx

BAM sahkan dikunjungi pegawai SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAM mengesahkan pegawai SPRM berkunjung ke ABM bagi mendapatkan maklumat.

KUALA LUMPUR – Spekulasi berhubung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya terjawab apabila badan induk sukan badminton negara itu mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, kehadiran SPRM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara minggu lalu hanya untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan BAM memberi kerjasama penuh kepada pegawai berkenaan.

“Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan ada pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkunjung ke pejabat kami pada minggu lalu bagi mendapatkan maklumat tertentu.

“BAM memberikan kerjasama sebaiknya sepanjang kunjungan tersebut dan pegawai berkenaan menjalankan tanggungjawab dengan penuh profesional,” kata BAM menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan BAM berada dalam siasatan SPRM, namun pihak BAM mengambil pendekatan mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI