fbpx

Awan UFO muncul di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awan ini digelar lentikular. - The Sun UK

LONDON – Seorang lelaki di Greater Manchester, United Kingdom merakam imej awan berbentuk seperti kapal angkasa makhluk asing yang muncul selama 10 minit sebelum ia hilang, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Dave Pickett, 38, dan anaknya, Blake, 7, merakam imej tersebut pada Jumaat lalu.

“Ia kelihatan seperti kapal angkasa. Selepas 10 minit kemudian, ia hilang apabila langit bertukar warna dan matahari terbit,” katanya.

Awan tersebut merupakan fenomena luar biasa yang dikenali sebagai awan lentikular.

Ia kebiasaannya berada pada ketinggian antara 1,981 meter hingga 5,029 meter dari darat dan boleh muncul di langit jika siri kejadian antara udara dan gunung berlaku.

Apabila angin bertembung dengan gunung, ia boleh menghasilkan gelombang besar di udara hilir.

Sekiranya terdapat lembapan yang mencukupi di udara, pergerakan gelombang yang semakin meningkat akan menyebabkan wap air terkondensasi, seterusnya menghasilkan awan lentikular.

Juruterbang kebiasaannya mengelak daripada terbang berhampiran awan itu kerana ia boleh mengakibatkan pergolakan udara. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI