PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Selangor dan pemangku Sultan Johor bagi mempersembah perkembangan terkini pembangunan negara dan juga kedua-dua negeri tersebut.
“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas perkenan menerima patik menghadap semalam.
“Dalam sesi ini, saya telah menyembah maklum perkembangan terkini pembangunan negara dan negeri Selangor serta Johor.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” katanya menerusi hantaran Facebook di sini, hari ini.- KOSMO ONLINE