fbpx

‘Air banjir warna hitam, bau seakan minyak diesel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINUL (dua dari kiri), Ramlah (tengah) dan Suzana (kiri sekali) mendiami PPS Dewan Serbaguna Tanjung Tualang, Batu Gajah kerana kediaman mereka terjejas kerana banjir.

BATU GAJAH – Rata-rata mangsa banjir di Kampung Pasir Batu 10 dan Kampung Tanjung Tin di sini menyifatkan bencana itu yang terburuk selepas 24 tahun.

Menurut mereka lagi, situasi itu mungkin disebabkan satu ban pecah di Sungai Kinta yang menyebabkan air melimpah termasuk di kawasan penempatan aras tinggi.

Selain itu, mereka mendakwa air sungai yang melimpah pelik kerana berwarna hitam dan berbau minyak seakan-akan minyak diesel mungkin kerana bengkel kenderaan atau stor simpanan minyak turut dimasuki air.

Menurut seorang penduduk, Ainul Muhamad, 66 dari Kampung Batu Pasir Batu 10, ketika kejadian dia sedang memasak lauk untuk makan tengah hari semalam.

“Hujan tidaklah selebat mana, tetapi berterusan sejak sehari sebelum itu (kelmarin). Tiba-tiba cucu saya menjerit air telah naik memenuhi sekeliling rumah.

“Saya tidak sempat untuk angkat barang-barang berat seperti perabot, peti ais dan mesin basuh. Kudrat orang tua selain cucu masih kecil,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tanjung Tualang di sini hari ini.

Terdapat 26 keluarga merangkumi 72 mangsa di PPS tersebut daripada tiga buah kampung yang terjejas iaitu Kampung Pasir Batu 10, Kampung Tanjung Tin dan Kampung Sikh Settlement. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI