fbpx

623 mangsa banjir di Perak, paras air tunjuk trend menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di PPS Kg. Teluk Kepayang di Bota, Perak Tengah hari ini. - Foto IHSAN APM

IPOH – Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 623 orang melibatkan 194 buah keluarga pada tengah hari ini dengan lima daerah kini terjejas dengan bencana tersebut.

Menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak, Kinta masih mendahului dengan jumlah mangsa seramai 369 orang (114 keluarga) serta empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Seterusnya daerah Hilir Perak apabila 89 mangsa daripada 27 buah keluarga direkodkan dengan mereka berlindung di sebuah PPS.

“Ia diikuti Kampar dengan 69 mangsa (26 keluarga) dan mereka ditempatkan di sebuah PPS. Daerah Larut Matang dan Selama pula mempunyai 41 orang mangsa (10 keluarga) dan mereka turut berlindung di sebuah PPS,” katanya hari ini.

Tambahnya, Perak Tengah pula merekodkan sebanyak 55 mangsa melibatkan 17 keluarga dan mereka ditempatkan di dua PPS.

“Paras air di kelima-lima daerah menunjukkan trend menurun hari ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan hanya Pulau Pinang terlibat dengan ribut petir atau hujan lebat pada tengah hari ini manakala tiada amaran angin kencang dan laut bergelora di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI