fbpx

[VIDEO] ‘Ini bukan tempat pelupusan sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran langsung di TikTok Khairul Aming yang memaparkan pakaian sumbangan untuk mangsa banjir.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah pihak yang memberi sumbangan pakaian kotor kepada mangsa banjir.

Menerusi siaran langsung di TikTok, beliau memaklumkan ada pakaian yang dihantar dalam keadaan buruk, seperti terdapat gigitan tikus, air kencing tikus, telur lipas, serta baju yang kotor dan berkulat.

“Tolong jangan hantar barang macam ini, ini bukan tempat pelupusan barang dan sampah. Bila kita tidak mahu pakai, mangsa banjir pun tidak boleh pakai, kena fikir macam itu,” tegasnya.

Khairul Aming turut menyeru orang ramai supaya lebih peka terhadap keadaan mangsa banjir yang sedang melalui kesusahan.

Beliau meminta semua penderma memastikan barangan sumbangan, termasuk pakaian dan pampers untuk kanak-kanak atau warga emas, berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

“Jangan beri pampers yang berkulat dan hitam-hitam kerana ia akan membahayakan pemakai,” tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Khairul Aming, memuji usaha beliau dalam membantu mangsa banjir dan menyuarakan kepentingan sumbangan yang berkualiti.

“Begitu la, nak memberi biar ikhlas. Basuh siap-siap dulu baju yang nak bagi. Cari yang elok. Jadi tempat pembuangan sampah pula,” ujar Dinecah2015.

“Cara saya bagi baju untuk mangsa banjir, basuh dulu wangi-wangi dan kumpul mengikut saiz siap-siap. Jadi mereka boleh pakai terus tanpa was-was,” kata Aliaayusof. – KOSMO! ONLINE

@its_me_milaaaa kita nak menolong orang, bukan memudaratkan orang. sape2 nk bagi bantuan boleh waze Luxury Garden wakaf mek Zainab Kota Bharu. KA perlukan volunteer lelaki dan keperluan makanan ubat-ubatan dan barang2 baby. #teambob #teamka #prayforpantaitimur #khairulaming ♬ original sound – Ai Khodijah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI