fbpx

Usahawan Perak berpotensi jadi pembekal sambal Saudi Airlines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salbiah menjawab soalan dalam sesi soal jawab semasa sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh hari ini.

IPOH – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak diminta mengenal pasti usahawan yang berpotensi di kawasan masing-masing untuk diketengahkan sebagai pengeksport oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kesemua usahawan tersebut kemudian boleh dibimbing dan dipromosikan oleh pelbagai agensi kerajaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau memberi contoh usaha itu berhasil apabila usahawan dari Perak iaitu Syarikat Syilis Food Manufacturing Sdn. Bhd. mendapat kontrak pembekalan sambal bersama syarikat Saudi Airlines.

“Mereka hanya memulakan perniagaan menjual sambal dari bangsal kuda dengan hanya bermodalkan beberapa ratus ringgit sahaja dan tanpa ada mempunyai premis yang sesuai.

“Dalam tempoh tiga tahun sahaja, mereka kini telah berjaya menjadi pengeksport produk sambal ke Singapura, Turkiye dan Australia malah produk mereka kini sedang terbang tinggi di ruang udara antarabangsa apabila baru-baru ini mereka mendapat kontrak pembekalan sambal bersama syarikat Saudi Airlines,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Azizi Mohamed Ridzuwan (Pas-Lubok Merbau) yang bertanyakan tentang industri kecil dan sederhana Perak di peringkat antarabangsa dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI