fbpx

Universiti terjejas banjir boleh jalankan kelas online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian Pengajian Tinggi memberi kelonggaran kepada mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjejas banjir untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi kelonggaran kepada mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjejas banjir untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihak IPT diberi pilihan sama ada ingin mengadakan sesi PdP secara fizikal atau dalam talian mengikut kesesuaian semasa.

“Kalau ada kawasan yang terjejas disebabkan banjir, mereka boleh buat (kelas) ‘online’ terutama di Kelantan, Terengganu.

“Kita (KPT) sangat fleksibel untuk menyediakan ruang (kaedah PdP). Sekarang ini kaedah dah pelbagai yang boleh digunakan (untuk teruskan sesi PdP),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara Kementerian Pertahanan dan KPT di sini, hari ini.

Menurut Zambry, perkara tersebut telah dipersetujui menerusi perbincangan khas pihaknya pagi tadi yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPT, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Tambahnya, KPT juga dalam persediaan menyediakan bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

“Sekarang ini kita (KPT) ada skuad di setiap universiti iaitu Skuad Ihsan Madani yang digerakkan untuk membantu mangsa banjir terjejas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI