fbpx

Tebogo, Sifan atlet olahraga terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEBOGO (kiri) dan Sifan (kanan) menerima trofi masing-masing pada Anugerah Olahraga Dunia 2024 semalam. - AFP

MONACO – Juara Sukan Olimpik Paris 2024, Letsile Tebogo dari Botswana dan pelari jarak jauh Belanda, Sifan Hassan melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Dunia pada Anugerah Olahraga Dunia 2024 di Monaco semalam.

Menariknya, Tebogo turut menerima penghargaan Atlet Trek Lelaki Terbaik Dunia disebabkan kejayaannya meraih pingat emas 200 meter (m) di Olimpik Paris dengan catatan 19.46 saat (s) sekali gus mencipta rekod baharu benua Afrika.

Bintang muda berusia 21 tahun itu juga membantu pasukan 4x400m Botswana memecahkan rekod benua dengan membawa pulang pingat perak dalam acara berkenaan.

“Ia adalah perasaan yang luar biasa mengetahui peminat sentiasa menyokong kami sebagai atlet. Tahun ini sangat hebat. Penghargaan ini amat bermakna,” kata Tebogo.

Sementara itu, Sifan juga mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama dalam tempoh 72 tahun meraih tiga pingat Olimpik Paris iaitu perak acara 5,000m, dan 10,000m serta emas maraton sekali gus melayakkannya menerima gelaran Atlet Wanita Luar Stadium Terbaik.

“Saya tidak pernah menjangkakan dapat menerima pengiktirafan ini. Ia adalah tahun yang sangat menakjubkan untuk saya,” ujarnya

Dalam masa sama, bintang Sweden, Mondo Duplantis yang memecahkan rekod dunia lompat bergalah turut dinamakan Atlet Padang Lelaki Terbaik, manakala Yaroslava Mahuchikh dari Ukraine memenangi kategori wanita untuk lompat tinggi.

Tamirat Tola dari Ethiopia iaitu pemenang emas maraton lelaki Olimpik Paris, melengkapkan senarai dengan menerima gelaran Atlet Lelaki Luar Stadium Terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI