fbpx

Tak serupa, status anak Beckham diragui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA kerana wajah Harper tidak seiras pasangan Beckham, statusnya dipertikai netizen.

SAMBUTAN ulang tahun butik milik penyanyi sensasi Victoria Beckham di Dover Street, London diserikan dengan kehadiran ahli keluarga.

Tentu sahaja kehadiran suami iaitu David Beckham dan anak perempuannya, Harper mencuri perhatian khalayak.

Perkara yang hangat diperkatakan apabila ada segelintir peminat mempertikai rupa paras anak pasangan itu sehingga ada yang meragui status Harper.

Ada yang mendakwa wajah Harper berbeza dengan kedua orang tuanya. Namun, penyokong tegar pasangan itu pantas menyangkal dakwaan tersebut.

“Bagaimana ingin disamakan wajah anak gadis 13 tahun dengan orang yang sudah 50 tahun.

“Umum mengetahui pasangan itu sudah menjalani pelbagai jenis rawatan kecantikan pada wajah mereka,” kata peminat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI