fbpx

‘Sokong SPM dibuat selepas musim tengkujuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai bersetuju cadangan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan di luar waktu tengkujuh selepas ini.

Perkara itu wajar diambil bagi menjaga emosi calon SPM yang terjejas kerana diuji dengan banjir besar yang melibatkan keselamatan, kemusnahan kediaman, kehilangan harta benda, nyawa dan ahli keluarga.

Pengguna di media sosial berkata, pelaksanaan SPM di luar waktu tengkujuh membolehkan semua calon dapat menjawab peperiksaan itu dengan baik tanpa sebarang halangan.

“Memandangkan negara kita selalu berdepan banjir di hujung tahun, jadi wajar SPM dibuat selepas musim tengkujuh,”kata puterisofea.

“Saya harap SPM dibuat selepas musim banjir, kesian tengok mereka redah banjir terutama di Pantai Timur nak jawab peperiksaan,” katak kayslah.

“Semoga dipermudahkan urusan adik-adik SPM tahun ni, harap selepas ni buatlah selepas musim banjir,” kata zurabas.

Kosmo! hari ini melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM) sedia mempertimbangkan cadangan untuk menukar waktu pemeriksaan SPM di luar musim tengkujuh.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, cadangan dan maklum balas mengenai perkara tersebut boleh diperhalusi secara lebih mendalam selepas ini.

Menurutnya, segala cadangan yang melibatkan kebimbangan ramai sentiasa menjadi pertimbangan KPM sebelum membuat sebarang keputusan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI