PELAKON Hilary Duff yang tampil dengan solekan minimum ketika keluar membeli-belah bersama anak perempuannya dikritik langsung tidak mencerminkan imej selebriti Hollywood.
Gayanya yang sekadar mengenakan celana jeans dan kemeja lengan panjang serta but hitam dikatakan tidak sepadan dengan usia wanita 37 tahun.
Lebih menyakitkan hati apabila penampilannya dibandingkan dengan beberapa pelakon lebih berusia seperti Jennifer Lopez, Eva Mendes dan Angelina Jolie yang rata-rata berumur 50 tahun.
“Terlalu banyak perkara ingin diuruskan termasuk menjaga anak kecil.
“Perubahan berat badan juga banyak mempengaruhi gaya hidup seseorang. Biarlah dia jadi manusia biasa untuk seketika,” kata peminat. – KOSMO! ONLINE