JEMPOL – Hasrat seorang peniaga di Bahau di sini semalam untuk membeli susu dan tepung pada harga murah membawa padah apabila dia kerugian belasan ribu ringgit selepas klik satu pautan di media sosial.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku apabila mangsa lelaki berusia 50-an telah melihat iklan barangan murah berkenaan di media sosial lalu menekan pautan.
Menurutnya, mangsa kemudiannya mengisi butiran peribadi termasuk nombor akaun dan nombor pin ke dalam aplikasi tersebut.
“Selepas itu, sejumlah wang daripada akaun bank mangsa telah dipindahkan tanpa kebenaran, iaitu RM5,000, RM5,100, RM2,200 dan RM1974.55 ke akaun serta platform lain.
“Susulan kejadian ini, wang dalam akaun mangsa berkurangan dan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM14,274. Mangsa yang rasa ditipu telah membuat laporan di balai polis untuk,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.