fbpx

Penganggur galas beg sandang edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMARASAN (tiga dari kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas susulan penahanan seorang Penganggur di Mutiara Rini, Johor Bahru.

ISKANDAR PUTERI – Penganggur dari Pontian ‘berkelana’ ke Mutiara Rini bagi melakukan kegiatan mengedar dadah kepada pelanggan tertentu serta pengunjung kelab malam di kawasan tersebut.

Kegiatan yang dilakukan lelaki berusia 33 tahun itu sejak Julai lalu terbongkar apabila ditahan pihak polis kira-kira 2 petang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pemeriksaan terhadap lelaki itu menemui pelbagai jenis dadah di dalam beg sandangnya.

“Ketika tangkapan dibuat, pihaknya merampas 3,115 gram (g) serbuk ekstasi, 9.9g ketamin, 1.4g syabu, 4.2g pil ekstasi dan 1.14g pil erimin 5.

“Kesemua dadah yang dijumpai dalam beg sandang suspek itu dianggarkan bernilai RM523,039,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Kumarasan berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bergerak secara solo dengan menggunakan beg sandangnya sebagai tempat menyimpan dadah tersebut.

Kumarasan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Suspek kini ditahan reman lima hari bermula 29 November lalu hingga esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI