JAKARTA – Seorang pemandu lori mendakwa melihat kelibat sebuah motosikal melintas, menyebabkan dia membelok ke kanan sehingga merempuh enam buah warung dalam kemalangan di Simpenan, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita detikjabar.com semalam.
Repan Maulana Putra, 20, berkata, ketika kejadian, dia berada dalam keadaan mengantuk.
“Saya mulai mengantuk. Tiba-tiba melihat ada bayangan seperti motosikal melintas di depan. Saya fikir itu benar-benar motosikal.
“Jadi, saya secara spontan saya membelok ke kanan,” ujarnya.
Ketika kejadian, lori itu bergerak laju dan membawa muatan kayu untuk dihantar ke Jawa Tengah.
Polis masih menyiasat kejadian itu. – AGENSI