fbpx

Pelajar UiTM maut dalam perjalanan ke kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD IRFAN meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

JASIN – Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin, maut ketika dalam perjalanan ke kuliah apabila motosikal yang dia tunggang bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Jasin-Merlimau di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Irfan Roslan, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dalam perjalanan dari arah Merlimau menuju ke Jasin.

“Sebaik tiba dilokasi, motosikal mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke arah jalan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah SUV jenis Proton X70 dipandu kontraktor berusia 39 tahun.

“Akibat kemalangan itu, penuntut berkenaan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke kampus berkenaan berdasarkan pakaian dipakainya.

“Mayat penuntut itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Tangkapan dan permohonan reman terhadap pemandu SUV dilakukan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI