fbpx

Nasib malang Hamilton di GP Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mengalami pelbagai cabaran sehingga terdetik enggan meneruskan perlumbaan pada GP Qatar semalam. - AFP

DOHA – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan Grand Prix (GP) Qatar dengan berada di tempat ke-12 selepas menghadapi pelbagai cabaran, termasuk kesilapan permulaan, masalah teknikal pada jenteranya dan penalti memandu laju di lorong pit.

Hamilton yang bermula dari petak keenam, berdepan kesukaran seawal pusingan pertama apabila kehilangan kedudukan kepada Carlos Sainz, Sergio Perez dan Fernando Alonso selain isu understeer mengganggu prestasi keretanya menjadikan perlumbaan lebih mencabar.

“Tayar pancit pada pertengahan perlumbaan betul-betul menyukarkan keadaan. Permulaan saya juga tidak lancar. Penalti lorong pit? Itu kesilapan saya. Semuanya seperti tidak menjadi hari ini,” kata Hamilton.

Jentera Mercedes digunakan Hamilton juga menghadapi tekanan tambahan apabila understeer memaksa tayar bekerja lebih keras sekali gus menyumbang kepada insiden tayar pancit.

“Mungkin ada serpihan di trek tetapi saya tidak nampak apa-apa. Ia berlaku tepat di pintu masuk pit lane,” tambah Hamilton yang hampir menarik diri sebelum pasukannya memintanya meneruskan perlumbaan.

Selain itu, GP Qatar turut menyaksikan Mercedes gagal menyerlah secara keseluruhan meskipun rakan sepasukan Hamilton, George Russell bermula dari petak pertama sekali gus meletakkan pasukan mereka dalam situasi sukar menjelang GP terakhir di Abu Dhabi, Ahad ini.

Perlumbaan di Litar Lusail semalam itu juga menandakan penghujung perjalanan Hamilton bersama Mercedes iaitu pasukan yang banyak berjasa dalam membina kerjayanya sebagai salah seorang pelumba terbaik Formula Satu (F1). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI