fbpx

MotoGP: Martin akui hanya berlumba demi wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN mengakui wang menjadi motivasinya memburu gelaran juara dunia musim ini selepas melalui kekecewaan musim lalu. - AFP

LOSAIL – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin mengakui bahawa motivasi utamanya musim ini adalah wang dan bukan lagi semata-mata memburu gelaran dunia selepas kekecewaan yang dilalui musim lalu.

Kenyataan tersebut sekali gus mencetuskan perbincangan hangat mengenai perubahan keutamaan pelumba profesional dalam sukan berisiko tinggi seperti Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

“Saya berdepan masalah mental yang teruk selepas kekalahan musim lalu. Saya melalui musim yang sangat cemerlang, tetapi gagal menang. Sebab itu saya fikir untuk musim ini, saya akan lebih perlahan berbanding musim lalu.

“Ketika saya melalui aksi pramusim, saya laju, tetapi saya tidak bermotivasi. Saya hanya melakukan tugas, mereka bayar dan saya buat kerja saya. Sebab itu saya letak dalam kepala untuk berlumba untuk wang supaya saya boleh pulang dan menikmati jika gagal,” katanya.

Perubahan itu dikaitkan dengan kekecewaan Martin yang gagal mendapat tempat dalam pasukan pengilang Ducati Lenovo untuk musim lalu selepas tempat tersebut diberikan kepada Enea Bastianini

Biarpun, Martin mempamerkan prestasi konsisten dan bersaing sengit dalam kedudukan kejuaraan, keputusan itu dilihat sebagai titik perubahan yang mungkin mempengaruhi psikologi pelumba Sepanyol tersebut.

“Saya perlu berfikir tentang masa depan saya dan keluarga saya. MotoGP adalah sukan yang penuh dengan risiko. Apa yang penting sekarang adalah kestabilan kewangan,” tambah Martin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI