PETALING JAYA – Seramai 126,386 mangsa banjir terdiri daripada 38,035 keluarga direkodkan pada tengah hari ini, menurun berbanding pagi tadi yang mencatatkan seramai 136,520 orang.
Menerusi maklumat pada Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, seramai 79,372 mangsa banjir melibatkan 24,578 keluarga direkodkan di Kelantan.
Ia diikuti oleh Terengganu dengan 35,868 mangsa daripada 10,017 keluarga, Negeri Sembilan (183 mangsa, 53 keluarga) dan Kedah (7,502 mangsa, 2,327 keluarga).
“Perlis merekodkan 225 mangsa melibatkan 70 keluarga, Johor (831 mangsa, 229 keluarga), Perak (540 mangsa, 168 keluarga), Pahang (1,632 mangsa, 537 keluarga) serta Melaka iaitu (233 mangsa, 56 keluarga).
“Sebanyak 562 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat tengah hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE