fbpx

Banjir: Mangsa di Kelantan menurun, 1 PPS di Gua Musang tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kawasan yang terjejas banjir di Kampung Tujuh, Tumpat semalam. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan mencatatkan penurunan daripada 95,784 orang kepada 86,382 orang susulan cuaca baik dan cerah di kebanyakan daerah hari ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa itu terdiri daripada 26,922 keluarga.

Menurutnya, daerah Pasir Mas kekal sebagai kawasan paling teruk terjejas setakat ini apabila seramai 29,367 mangsa sedang berlindung di 64 buah PPS.

“Mangsa banjir di Tumpat bagaimanapun meningkat daripada 16,717 kepada 19,987 mangsa di 45 buah PPS di Tumpat.

“Kota Bharu mencatatkan penurunan jumlah mangsa iaitu 7,514 orang, Pasir Puteh (10,716), Kuala Krai (5,183), Machang (4,911), Bachok(6,129), Tanah Merah (2,494) dan Jeli (81),” katanya.

Menurut portal itu, sebuah PPS di Gua Musang yang menempatkan seramai 36 mangsa semalam ditutup hari ini.

Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, lima sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan waspada manakala Sungai Semerak, Pasir Puteh berada pada paras amaran.

Hanya Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat yang menunjukkan paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI