fbpx

LTSAH masih ditutup, Batik Air tangguh penerbangan ke Alor Setar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan landasan di LTSAH di Kepala Batas, Alor Setar yang turut dinaiki air sejak Sabtu lalu. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Batik Air menangguhkan penerbangan laluan langsung baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini ekoran banjir yang belum pulih di landasan kapal terbang di Kepala Batas, di sini.

Perkembangan itu susulan satu surat penangguhan majlis pelancaran laluan terbaharu itu di LTSAH dijadualkan pada 5 Disember ini yang diedarkan kepada media, hari ini.

“Berdasarkan situasi banjir terkini di Kedah dan Notis Kepada Juruterbang oleh Malaysia Airport, kami dengan dukacitanya mengumumkan penangguhan acara pelancaran penerbangan Batik Air pada 5 Disember di LTSAH.

“Kami ketika ini berusaha mendapatkan tarikh baharu untuk acara ini,” jelas surat tersebut.

Sementara itu, Malaysia Airport melalui laman rasminya memberitahu, LTSAH masih ditutup kerana banjir yang melanda daerah ini sejak Jumaat lepas.

“Terminal bagaimanapun tetap beroperasi. Sila hubungi syarikat penerbangan anda untuk mendapatkan kemas kini penerbangan terkini, kekal selamat,” kata notis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI