fbpx

Lima negeri diramal hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melibatkan lima negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 3 petang itu melibatkan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Hujan lebat di Pahang dijangka melanda Pekan dan Rompin, manakala di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Bagi Negeri Sembilan, cuaca buruk dijangka tertumpu di Seremban, Port Dickson dan Rembau, sementara di Johor membabitkan Segamat dan Mersing,” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI