SELEPAS sah berpisah dengan pelakon Amber Heard pada 2022, aktor Johnny Depp, 61, dikatakan menjalin hubungan dengan beberapa wanita.
Terbaharu, bintang Pirates of the Caribbean itu dikaitkan menjalin hubungan dengan pempengaruh popular berusia sekitar 30-an bernama Jess Bordiu.
Depp dan wanita asal Sepanyol itu saling bekerjasama dengan sebuah jenama fesyen terkemuka di London.
Bagaimanapun, Depp menafikan dakwaan bercinta dengan wanita berumur separuh daripada usianya itu.
“Mereka berdua tidak bersama. Depp kini sedang seronok menikmati kehidupan duda dan tidak bercinta dengan sesiapa,” kata sumber.
Sebelum itu, Depp dikatakan bercinta dengan peguam Joelle Rich yang menyelesaikan kes perceraiannya dengan Heard. – KOSMO! ONLINE