fbpx

Kedai serbaneka dirompak pekerja sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek melakonkan semula rompakan yang berlaku. - Khaosod

BANGKOK – Seorang pekerja kedai serbaneka di wilayah Nakhon Si Thammarat diberkas selepas merompak premis itu pada hari cutinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian berlaku kelmarin pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) di sebuah cawangan 7Eleven di daerah Chalerm Phra Kiat.

Suspek yang dikenali sebagai Sarawut, 28, tiba di kedai tersebut dengan menaiki motosikal sebelum dia masuk ke dalam premis berkenaan sambil memakai topi keledar.

Dia bersenjatakan sebilah pisau dan mencuri wang sebanyak 4,800 baht (RM620) dari mesin tunai di kaunter.

Rakan sekerjanya yang bertugas ketika itu dilaporkan mengecam mangsa lalu dia membuat laporan polis.

Suspek ditahan pagi semalam di rumahnya di Suan Luang.

Siasatan mendapati bahawa dua hari sebelum rompakan itu, suspek diminta oleh pengurus kedai untuk meletakkan jawatan kerana masalah ketagihan dadah. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI