fbpx

Isu banjir jadi fokus Datuk Bandar Baharu MBDK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Hamid menerima watikah daripada Timbalan Datuk Bandar MBDK, Mohd. Zary Affendi Mohd. Arif (kanan) pada Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar MBDK. FOTO SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Penyelesaian isu banjir menjadi keutamaan Datuk Bandar Baharu Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Datuk Abd. Hamid Hussain yang mengangkat sumpah jawatan itu, hari ini.

Beliau menggantikan Datin Noraini Roslan yang bersara pada 20 November lalu.

Menurut Abd. Hamid, ini melibatkan pengenalpastian punca dan peningkatan infrastruktur berkaitan di 77 kawasan berisiko banjir sekitar daerah ini.

“Kita lihat sekarang ini musim banjir, kita cuba tangani dan bagaimana keupayaan kita ( dalam mengurangi dan menyelesaikannya).

“Kedua, kita lihat dari segi infrastruktur namun pada hujung tahun ini, saya tidak pasti peruntukan yang ada untuk selesaikan isu infrastruktur,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut, hari ini.

Beliau menjelaskan, solusi banjir turut melibatkan kolam-kolam takungan serta saliran air yang perlu diselenggara bagi mengelakkan kejadian tersebut daripada berlaku.

Tambah Abd. Hamid, beliau dimaklumkan terdapat kolam takungan di bawah tanggungjawab MBDK, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau pemaju yang belum diserahkan.

“Kita cuba susun strategi bagaimana untuk kita atasi sama ada dengan peruntukan MBDK ataupun kerajaan negeri, JPS atau kita minta pemaju yang away untuk cepat menyelesaikan kolam takungan itu,” tegasnya.

Sementara itu, beliau berkata, MBDK memastikan segala perancangan yang telah disusun akan dilaksanakan sebagai persediaan menyambut Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember ini.

Untuk rekod, Abd. Hamid, 57, sebelum ini pernah menjawat jawatan Yang Dipertua bagi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI