fbpx

‘Iman saya lemah, paksa baca al-Quran 3 muka surat sehari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Ika Nabella mengakui sebagai seorang Muslimah, banyak kelemahan yang dia perlu perbaiki.

PETALING JAYA – Mahu terus istiqamah, pelakon Ika Nabila sentiasa memaksa diri membaca al-Quran sekurang-kurangnya tiga muka surat setiap kali selepas mendirikan solat.

Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim 35, berkata, imannya lemah selain selain menyifatkan mengaji sebagai ‘makanan’ rohani.

“Saya sentiasa memaksa diri untuk membaca al-Quran selepas solat dan saya rasa tidak bermotivasi sebab apa? Sebab lemah dengan duniawi.

“Iman saya? Lemah-selemahnya, jadi kalau dapat baca tiga muka surat, saya rasa sangat bersyukur.

“Saya sentiasa percaya, usaha berpanjangan adalah kuncinya. Insya-Allah, walau apa jua keadaan kita sentiasa berusaha dan perbaiki,” katanya menerusi perkongsian Instagram.

Bakat kelahiran Akademi Fantasia musim enam (AF6) itu turut menitipkan pesanan agar setiap muslimin menjadikan amalan mengaji sebagai rutin harian.

“Cuba (baca Quran), kalau awak larat boleh baca lima muka surat setiap hari. Tetapi kalau ada kerja (sibuk) baca tiga muka surat sudah bagus.

“Kalau malas sangat sebab bateri badan rendah, dapat baca satu muka surat sehari pun okey,” ujarnya.

Dalam perkongsian lain, pelakon drama Demi itu berharap perkara dikongsikan turut memberi impak positif terhadap insan sekeliling.

Akui Ika, dia mahu menyelitkan perkara bermanfaat dalam laman sosial sekali gus memberi inspirasi dan contoh yang baik.

“Saya harap perkongsian saya tidak membuat anda muak. Saya hanya mahu berkongsi perjalanan hidup dalam sosial media.

“Saya kongsi gaya hidup dan pelbagai lagi. Mengapa tidak saya selitkan perkongsian mengenai amalan saya membaca al-Quran.

“Mana tahu, setidaknya dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Insya-Allah,” katanya.

Ika antara selebriti yang aktif berkongsi pandangan mahupun mengulas isu semasa menerusi platform media sosial miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI