KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu diharamkan dalam kes kekejaman besar-besaran sehingga ia dapat dimansuhkan.
Beliau berkata, proses membuat keputusan UNSC memerlukan sokongan lebih luas daripada ahli tetap dan tidak tetap serta tertakluk kepada Perhimpunan Agung melalui majoriti mudah.
“Kuasa veto melumpuhkan majlis berkenaan, manakala kekurangan wakil dari wilayah seperti Afrika dan Amerika Latin mencerminkan era zaman dahulu.
“Daripada menjadi kenderaan untuk bertindak, Majlis Keselamatan terlalu kerap menjadi alat kebuntuan.
“Kita melihat akibat ini di tempat-tempat seperti Gaza, penganiayaan terhadap etnik Rohingya selain perang di Ukraine,” katanya berucap Forum Tindakan Bersama 2024, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE