fbpx

GV11: ‘Nyanyi lagu sendiri, saya potong 10 markah’ – Ramli MS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli MS tidak akan berkompromi dengan peserta GV11 yang masih berdegil menyanyikan lagu sendiri untuk persembahan akan datang.

SHAH ALAM – Ketua juri Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Datuk Ramli MS atau Tokram menolak 10 markah untuk setiap peserta yang menyanyikan lagu sendiri.

Pada konsert minggu kedua, tujuh daripada 14 peserta yang bertanding menyanyikan lagu sendiri termasuklah Ning Baizura, The Lima, Nai Dinamik, Yazid Lovehunters, Ronnie Hussein, Inka Christie dan Reshmonu.

Menurut Tokram, alasan dia memotong sebanyak 10 markah adalah kerana ketidakadilan buat perserta yang perlu menyanyikan lagu penyanyi lain.

“Kalau ikutkan persembahan, Ning menyanyi dengan bagus malam ini (semalam). Tetapi disebabkan dia menyanyi lagu sendiri, saya terpaksa potong markah.

Antara penyanyi yang menyanyikan lagu sendiri pada minggu kedua konsert minggu GV11.

“Peserta lain perlu buat banyak ulangkaji untuk menyanyikan lagu orang lain. Mereka perlu hafal lirik dan melodi. Kalau menyanyi lagu sendiri, mereka sudah mahir.

“Biarpun ada yang menyanyikan lagu sendiri, tetapi tetap tak dapat buat persembahan dengan baik seperti Ronnie Hussein yang mendapat kedudukan dua terbawah,” katanya kepada Kosmo Online.

Maestro muzik itu juga menyarankan agar peserta tidak lagi memilih untuk menyanyikan lagu sendiri kerana tindakan itu akan membuatkan markah mereka dipotong dan akan merisikokan kedudukan mereka di dalam GV11.

“Minggu hadapan pasti ada penyingkiran. Biarpun peserta yang mendapat kedudukan Top 5 boleh menukar lagu mereka, tetapi saya sarankan agar mereka tidak berbuat demikian,” ujarnya.

Pada konsert minggu kedua, Liza Aziz sekali lagi muncul sebagai juara mingguan selepas berjaya memukau juri dengan persembahan mantapnya. Arrora Salwa pula menjadi peserta yang mendapat markah tercorot. Namun, dia terselamat kerana tiada penyingkiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI