fbpx

Guru kaunseling bantu calon SPM banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruji Ubi (duduk, kanan) meluangkan masa bersama calon SPM yang terjejas akibat banjir di penempatan SMK Tunku Abdul Malik di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan guru kaunseling dan guru bimbingan akademik di penempatan asrama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas untuk membantu mereka terutama daripada segi psikologi.

Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi berkata, sehubungan itu kementerian menasihatkan ibu bapa kepada calon berkenaan agar tidak terlalu risau tentang persediaan anak mereka  di asrama tersebut.

“Bila kita bawa pelajar ini ke asrama kita sediakan makanan untuk mereka, sediakan juga guru kaunseling dan tempat penginapan yang baik. Kita sediakan sokongan daripada segi psikologi dan akademik.

“Masyarakat di luar sana harus faham bahawa kita sangat menjaga dan beri perhatian kepada anak kita yang ambil SPM ini. Kepada ibu bapa yang ada masalah untuk anak hadiri periksa ini kalau boleh anak mereka duduk di asrama yang disediakan.

“Kita sudah melakukan prosedur operasi standard (SOP) daripada segi persediaan kementerian bersama agensi lain sepenuhnya dalam konteks meneruskan SPM seperti dirancangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Peperiksaan dan Asrama Penempatan Calon Terjejas Banjir itu di SMK Tunku Abdul Malik, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kesemua 532 calon SPM yang terjejas akibat banjir di Kedah selamat menduduki peperiksaan itu hari ini termasuk 188 daripadanya yang ditempatkan di asrama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI