fbpx

Goreng ayam punca banglo harga RM13 juta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Api marak memusnahkan banglo bernilai RM13 juta. - Balai Bomba Sukarelawan Weston

HARTFORD, CONNECTICUT  – Sebuah banglo bernilai kira-kira AS$3 juta (RM13 juta) di negeri Connecticut musnah dalam kebakaran apabila penghuninya menggoreng ayam belanda di dalam garaj, lapor agensi berita United Press International semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.40 petang (waktu tempatan) semalam, banglo di Jalan Weston musnah dijilat api yang merebak dari garaj ke keseluruhan kediaman tersebut ketika pasukan bomba tiba.

“Apabila kami tiba, keseluruhan garaj dan belakang rumah sudah terbakar. Kira-kira satu pertiga daripada rumah itu (terbakar),” kata Ketua Balai Bomba Sukarelawan Weston, John Pokorny.

Tambahnya, kebakaran merebak dengan pantas semasa pasukan bomba berada di lokasi kejadian.

Rumah seluas 929 meter persegi itu ketika kejadian,  menempatkan 25 orang yang meraikan cuti hujung tahun.

Tiada kecederaan dilaporkan, manakala semua penghuni yang berada di dalam kediaman tersebut berjaya menyelamatkan diri. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI