fbpx

‘Seakan-akan batu hitam besar timbul di permukaan sungai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar bangkai gajah terapung di Sungai Pahang berdekatan Kampung Pulau Mansok di Jerantut.

JERANTUT – Bangkai seekor gajah liar ditemukan terapung di Sungai Pahang berdekatan Kampung Pulau Mansok di sini semalam dipercayai lemas akibat banjir.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan gajah berkenaan terapung dibawa arus sungai dekat Kampung Pulau Mansuk sambil disaksikan beberapa nelayan sungai.

Seorang nelayan sungai, Azman Yusoff, 54, berkata, dia yang menaiki bot untuk menjala ikan berdekatan tempat kejadian terkejut melihat bangkai gajah berkenaan terapung di sungai.

“Dalam jarak kira-kira 50 meter saya ternampak seakan-akan sebuah batu hitam besar timbul di permukaan sungai. Saya agak pelik melihat objek tersebut sedangkan ketika ini air sungai masih belum surut sepenuhnya,”katanya di sini hari ini.

Menurut Azman, ketika botnya merapati objek tersebut, dia terkejut melihat bangkai seekor bangkai gajah liar timbul dan tersangkut dengan kayu balak reput di tengah sungai.

Katanya, dia kemudiannya melepaskan bangkai gajah itu daripada tersangkut dan kemudiannya hanyut ke hilir dan kemungkinan haiwan liar itu lemas air banjir di ulu sungai.

“Saya melihat di beberapa bahagian badan bangkai haiwan liar ini berselut, manakala keadaan anggota badannya masih lengkap termasuk belalainya ditenggelami air,”katanya.

Rakannya yang dikenali sebagai Jamil pula berkata, kemungkinan gajah liar itu berpecah daripada kawanannya dan cuba menyeberangi sungai itu ke kampung berdekatan di kawasan hulu Sungai Pahang dan Sungai Tembeling.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI